Sunday, May 20, 2007

Gurindam,Pantun dan Seloka

Gurindam adalah satu bentuk Puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.

Contoh-contoh Gurindam:
Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.
Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.
Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.
Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.

PANTUN adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Berikut dipaparkan contoh-contoh pantun empat rangkap yang meliputi tema kasih sayang, adat dan nasihat.

Contoh-contoh Pantun:
Sirih junjung sirih pinangSirih kami susun bertingkatAdat dijunjung pusaka dikenangBangsa berbudi hidup muafakat
Sirih junjung sirih pinangSirih kuning diberi namaAdat dijunjung pusaka dikenangHidup berbudi muafakat bersama
Sirih kuning sirih daraSirih tanya berserta cincinHidup beradat aman sejahteraBudaya lama tetap terjamin
Sirih kuning diberi namaSirih tanya berserta cincinHidup berunding muafakat bersamaBangsa mulia budaya dijamin
Orang Jawa turun ke dusunSinggah sejenak di pinggir kotaKami bawa sirih tersusunSudilah sepiak pembuka kata

Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik, berisikan pepetah maupun perumpamaan yang mengandung senda gurau, sindiran bahkan ejekan. Biasanya ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau syair, terkadang dapat juga ditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris. Kata "seloka" diambil dari bahasa Sansekerta, sloka

Contoh-contoh Seloka:
Sudah bertemu kasih sayang
Duduk terkurung malam siang
Hingga setapak tiada renggang
Tulang sendi habis berguncang

No comments: