Sunday, May 20, 2007

Perasaan saya sebelum,semasa dan selepas peperiksaan

Perasaan saya sebelum peperiksaan adalah bimbang kerana saya tidak belajar dan selalu bermain seminggu sebelum peperiksaan bermula. Saya terus mengulangkaji topik-topik yang saya belum selesai belajar. Subjek yang saya bimbang adalah matematik dan sains. Saya tidak lulus 'test' kelas.

Semasa menduduki peperiksaan, saya mula berasa takut kerana saya sudah lupa macam mana hendak menjawab formula matematik. Saya cuba imbas kembali tetapi hanya sedikit sahaja yang boleh saya ingat. Saya pun cuba tenangkan fikiran saya.

Selepas peperiksaan sudah selesai, saya berasa gembira kerana saya boleh main 'Playstation 2'. Tetapi saya mula berasa bimbang kerana saya akan fikir yang saya akan gagal dalam subjek-subjek lemah saya.

Saya lulus dalam subjek-subjek ini:DnT,Bahasa Inggeris,Literature,Bahasa Melayu
dan saya gagal dalam subjek-subjek ini:History,Matematik,Sains,Art

Saya berasa sedih kerana saya tidak belajar dan selalu bermain. Tetapi, saya akan Belajar dengan bersungguh-sungguh di akhir tahun nanti.

No comments: